resepi masakan


masakan tradisional(malay traditional food)



LOMPANG

BAHAN-BAHAN:
180gm tepung beras
180gm gula
250ml air
Kelapa parut secukupnya dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masak gula dengan air. Pastikan air gula menjadi pekat. Sejukkan.
2. Kemudian air gula dibancuh dengan tepung beras.
3. Sementara itu, panaskan acuan di dalam pengukus. Apabila acuan sudah panas, masukkan adunan tepung beras tadi dan kukus sehingga masak.
4. Angkat dan keluarkan lompang dari acuan. Letakkan kelapa
parut yang telah digaul bersama garam terlebih dahulu di tengah-tengahnya.
5. Sedia dinikmati.



GEDUK UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek | direbus dan dilenyek
250gm kelapa parut
Gula secukup rasa dan garam secukup rasa
100gm tepung gandum
150ml air

CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi keledek hingga lembut. Kemudian lenyekkan.
2. Gaulkan dengan kelapa , gula dan garam secukup rasa. Bentukkan bulat.
3. Bancuh tepung gandum dan air. Adunan hendaklah cair sedikit.
4. Celupkan bebola keledek tadi ke dalam tepung.
5. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng hingga warnanya keemasan barulah diangkat.
6. Sedia dihidangkan.



Nasi Dagang terengganu

Bahan-Bahan:
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam




Bahan B ( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering
Cara:
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama dgn nasi dagang. Sedaaap. Cubalah. Anda pasti suka.
Tambahan:
Ingat waktu menumis amat penting. Bahan A mesti benar2 harum, kemudian masuklah bahan B. Biar betul2 kering dan harum baru masuk bahan C.


Nasi pulut kuning


















Bahan:-
  • 1 kilo beras basmathi - cuci,rendam 15 min dan toskan
  • 1.5 ltr santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia - diketuk
  • 1 1/2 s/b jus limau kasturi/lemon/nipis
  • 1 s/b garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau 2 s/k kunyit serbuk

Cara-cara:-

  1. Didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
    **Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak.Sekiranya tk ingin nasi berkerak,apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
    **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.